Thursday, 9 June 2011

Selamat Datang..Bahulu Panas..!

i.) Bahulu tradisional dan moden yang dipelbagai 
Selamat datang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada peminat bahulu yang sentiasa mencari-cari kelazatan yang hanya mampu dinikmati oleh yang arif mengetahui selok-belok tentang bahulu. Bahulu tradisi yang lazimnya dimakan bersama kopi O pada waktu pagi malah menjadi santapan ringkas tika petang pasti menjanjikan kepuasan kepada penggemar bahulu. Kini penggemar bahulu tidak perlu lagi risau untuk mencari kepelbagaian dan kepuasan dalam menikmati bahulu kerana kami sudah mula menyediakan khidmat tempahan bahulu yang pelbagai kepada penggemar setia bahulu. Dari resepi tradisi, bahulu asli tetap dikekalkan sebagai produk pertama bahulu kami. Tidak sah jika kita sebagai rakyat Malaysia gagal bercerita tentang rasa dan keenakan bahulu kerana bahulu merupakan kuih tradisi yang tak lekang dek panas dan tak hilang dek hujan. Hanya jauhari yang mengenal manikam dan hanya kebanyakan orang lama sahaja mampu bercerita tentang rasa asli bahulu. Jika ditanya pada orang-orang muda sekarang, pasti ada yang tertukar dengan rasa kek-kek moden sekarang. 


ii.) Bahulu cermai
Atok dan opah siapa yang tidak kenal dengan bahulu cermai dan bahulu belimbing? 
Bahulu cermai dan bahulu belimbing yang kini mendapat tempat pertama dihati pelanggan setia, kini mendapat sentuhan ajaib dari pakar pembuat bahulu kami. Bahulu asli kini dimodenkan dengan perkembangan citarasa semasa. Jika dulunya, bahulu hanya disantap oleh orang dewasa tetapi kini dimodenkan dengan ciptaan bahulu berinti pelbagai rasa. Antara ciptaan terbaru bahulu dari kami ialah bahulu berinti strawberry, blueberry, mangga, lemon, coklat, kopi, oren dan jagung. Lava inti yang mengalir dari bahulu apabila dibelah menjanjikan kepuasan yang menakjubkan terutama sekali kepada kanak-kanak dan tetamu yang hadir bagi mereka yang mengadakan sebarang acara. 


iii.) Bahulu coklat kegemaran kanak-kanak dan wanita
Rasa bahulu mungkin berlainan antara satu sama lain. Rasa lembut didalam dan rangup diluar pasti menjadi pilihan penggemar bahulu. Namun begitu, keunikan rasa dan kelembutan tersendiri pada bahulu membawa penikmat bahulu kepada memori zaman orang-orang dahulu. Kanak-kanak pasti akan turut setia kepada bahulu kerana limpahan coklat enak bakal menjanjikan keriangan dan kepuasan. Majlis harijadi dan sambutan perayaan di tempat anda pasti akan lebih terhibur dengan suasana riang menikmati bahulu moden ini. Jika anda masih lagi tidak berpuas hati, apa kata anda mencuba bahulu gulung ciptaan kami. Tekstur yang halus pada permukaan seolah-olah kek gulung namun isinya adalah bahulu merupakan salah satu ciptaan bahulu terkini kami. Olesan inti pelbagai rasa dan gulungan kemas bahulu kami sudah pasti mendapat tempat dalam majlis makan yang diadakan. Tidak kurang juga dengan tempahan bagi majlis perkahwinan dan kenduri yang menjadikan bahulu gulung kami sebagai 'door gift' dan hantaran perkahwinan. 


iv.) Terkini dengan Bahulu Gulung 
Disamping bahulu gulung yang pelbagai perasa, pelanggan juga pasti akan terliur dan  ingin mencuba bahulu ikan kami. Bentuk ikan yang unik dan sukar didapati di pasar biasa mahupun ternama, boleh didapati dan ditempah disini dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan bahulu ikan ini dijadikan sebagai hantaran perkahwinan dan 'doorgift' dalam upacara perkahwinan. 


Bahulu ikan bersalut coklat antara bahulu pilihan majlis perkahwinan.


   Bahulu ikan asli yang cantik untuk dipandang dan sedap dimakan..pasti lebih indah majlis anda jika disertai dengan bahulu ikan yang terhias molek didalam pinggan atau kotak sebagai 'doorgift'. 

Tempahlah Sekarang ! ! !
Bahulu asli dan berinti dibakar dari adunan bebas bahan kimia dan sebarang pengawet berbahaya.
Penghantaran PERCUMA sekitar kawasan Bukit Jalil dan caj berpatutan jika melebihi jarak 30 km. Khidmat gubahan hantaran bahulu disediakan ! 
Perkhidmatan courier juga disediakan bagi tempahan ke luar negeri malah luar negara !


Harga Promosi Besar-besaran !


Bahulu Asli
1 balang berisi 50 biji = RM 18
Diskaun bagi tempahan 10 000 biji ke atas.


Bahulu Berinti 
(jenis inti mengikut pilihan pelanggan)
(Strawberry, Blueberry, Coklat, Lemon, Mangga, Oren, Anggur, Kacang etc) 
1 balang berisi 50 biji = RM 20


Diskaun bagi tempahan 1000 biji ke atas.
Sebarang tempahan 10 000 biji ke atas akn mendapat diskaun dan kejutan yang pasti menggembirakan !


Bahulu Coklat
1 balang berisi 50 biji = RM 35

Diskaun bagi tempahan 1000 biji ke atas.
Sebarang tempahan 10 000 biji ke atas akn mendapat diskaun dan bahulu edisi khas !

Bahulu Gulung
Saiz kecil = RM4
Saiz Sederhana = RM6
Saiz Besar = RM10

Bahulu Ikan
Saiz kecil balang berisi 30 biji = RM25
Saiz besar (25 cm X 8 cm) = RM20


MESTI BELI, BAHULU HANGAT dan TERKINI !
~~~ BAHULU AWET MUDA ~~~


Mempunyai rasa yang tersendiri namun dikekalkan keaslian bentuk bahulu dan teksturnya. Menjanjikan awet muda bagi pelanggan yang setia bersama bahulu awet muda kami. Jadi, apa tunggu lagi..segeralah dapatkan bahulu awet muda dan tetap kekal awet muda dalam harga yang berpatutan serta kualiti yang tinggi ! 
~tidak di'post'kan gambar bahulu awet muda, kerana bahulu ini terlalu istimewa. Hanya yang ingin mencuba boleh mengetahui keistimewaannya !~
1 balang berisi 50 biji = RM35 sahaja
Diskaun bagi tempahan 10 000 biji ke atas.




Hubungi Segera ! Seperti Yang Tertera di Bawah: 
Cik Aiqa / Puan Aisyah / Cik Nabilah / Encik Faez
019-6141672
email: bahulu_sentiasa@yahoo.com
Bukit Jalil, Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia.

No comments:

Post a Comment